Banyak kerajaan Arab yang sudah lama terbentuk sebelum zaman jahiliah dan terbahagi kepada dua
tempat iaitu kerajaan utara dan kerajaan selatan. Kerajaan selatan terletak di Yaman dan tidak terlepasdaripada pengaruh-pengaruh luar seperti Rom dan Parsi.
Kerajaan yang memerintah Yaman ialah kerajaan Main (12 000 S.M hingga 955 S.M), Qatban (1000 S.M hingga 955 S.M), Saba’ (955 S.M hingga 115 S.M) dan Himyar (115 hingga 525 S.M).
Mengenai Main dan Qatban, data sejarah kurang menjelaskan tentangnya. Kemajuan Saba’ berpunca daripada faktor kawasan yang subur dan menggalakkan pertanian bahkan kawasan ini disebut di dalam Firman Allah Taala: Sungguh bagi kaum Saba’ ada tanda (kebesaran Tuhan) di tempat kediaman
mereka dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. Makanlah olehmu daripada rezeki
Tuhanmu dan bersyukurlah kepadaNya. Ia adalah negeri yang baik sedangkan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun. Kerajaan ini pernah diterajui oleh ratu Balqis.
Selepas kejatuhan kerajaan Saba’, Yaman diambil alih oleh kerajaan Himyar. Berbeza dengan
Saba’ yang lebih mementingkan perdamaian, kerajaan Himyar lebih banyak menjajah kawasan-kawasan sekitar jajahan Parsi seperti Iraq dan Khurasan sehingga menimbulkan kemarahan empayar besar tersebut.
Seperti kerajaan Saba’, akhirnya kerajaan Himyar runtuh disebabkan berlakunya peperangan dengan dua kuasa besar iaitu Parsi dan Rom dan faktor agama juga iaitu kezaliman Raja Zu Nuwas terhadap penganut Nasrani sebagaimana dirakamkan dalam peristiwa ashabul ukhdud iaitu Surah Al-Buruj.
Kerajaan utara pula ialah kerajaan Anbat dan Tadmur tetapi yang terkenal ialah kerajaan Hirah dan
Ghassan. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan adalah tujuan penubuhan kerajaan tersebut
disebabkan gangguan dan serangan liar oleh suku-suku Arab dan kedua peranan kerajaan Hirah
0 comments:
Post a Comment