Monday 5 September 2016

Nabi Muhammad S.A.W di dalam Kitab Suci

Diceritakan bahawa ketika Abdul Mutalib dan bangsawan-bangsawan Quraisy lain mengunjungi Yaman untuk mengucapkan tahniah kepada Raja Saif Zu-Yazin yang baru saja menewaskan Habshah dengan bantuan Parsi, beliau dikatakan sangat mengagumi kebesaran kerajaan Yaman itu. Tetapi oleh Zu-Yazin, dinyatakannya kepada Abdul Mutalib bahawa apabila diperanakkan seorang anak lelaki dari Tihamah (Makkah), dan di antara dua belikatnya ada syamah (tahi lalat besar yang dikelilingi oleh rambut), maka ia akan menjadi pemimpin besar hingga Hari Kiamat. Di sini Zu-Yazin cuba membayangkan tanda-tanda tentang kedatangan seorang pemimpin besar dari keturunannya sendiri, yang kebetulan tanda-tanda itu secocok dengan cucunya Muhammad yang masih kecil. Ini menyebabkan Abdul Mutalib sujud kerana girang.
Cerita ini sengaja dipetik buat menunjukkan bahawa berita tentang kedatangan seorang manusia agung dari keturunan Abdul Mutalib bukannya tidak diketahui oleh bangsa Arab. Apa lagi jika diselidiki. kitab-kitab Taurat dan Injil, lebih jelaslah cerita-certta tentang Muhammad itu disebutkan. Dalam Taurat misalnya, terdapat ayat: “The Lord came from Sinai, and rose up from Seir unto them; he shined forth from Paran, and he came with 10,000 of Saints” (Book of Deutoronomy 33:2). Ayat ini dengan jelas menerangkan tentang cahaya kebenaran yang memancar dari tiga arah yang berlainan; dari Sinai, Seir dan Paran. Tentang Sinai, yang dimaksudkan ialah pengutusan Nabi Musa as. dengan kitab Tauratnya. Dan Nabi Isa as. dengan kitab Injilnya muncul dari Baitul-laham (Bethlehem). Seir adalah sebuah kota kira-kira 1.5 km dari Bethlehem yang kini dikenali sebagai ‘Bait Shair’, iaitu kota pengembala.
Ada pun tentang Paran, Taurat sendiri mengisahkan perihal Nabi Ibrahim a.s. menempatkan isterinya Hajar serta anaknya Ismail di suatu tempat yang sunyi sepi, iaitu padang pasir Paran (Genesis 21:21). Jadi, berdasarkan Taurat sendiri, Paran merupakan suatu kawasan di Hejaz, kerana di sinilah sebenarnya Hajar dan Ismail ditinggalkan oleh Ibrahim a.s. Ahli-ahli geografi menegaskan bahawa Paran ialah kawasan yang terdapat di antara gunung di Makkah, iaitu Abu Qubais, Quiqaan dan Hira’. Dalam kalangan sarjana dikatakan bahawa Jabal-Nur itulah sebenarnya gunung Paran setelah datangnya Islam. Tentang 10,000 of Saints’ itu, Prof. David Benjamin Keldani (kini Abdul Ahad Daud) mengatakan bahawa ianya ditujukan kepada jumlah pengikut Muhammad s.a.w. yang menakluki Makkah pada 8 H.
Dari kitab Injil pula, kedatangan Muhammad s.a.w. telah disebut dalam ayat berikut: “For Moses truly said unto the fathers, a prophet shall the Lord your God raise up unto you of your brethren, like unto me; him shall ye hear in all things whatsoever he shall say unto you”. (Acts of Apostles 2:22). Mengenai kalimat “unto you of your brethren’, ianya bermaksud bahawa seorang Nabi yang akan diutus adalah dari kalangan saudara Israel (Yaakob), bukannya dari Bani Israel itu sendiri. Sebenamya Bani Ismaillah saudara Bani Israel tersebut, sebab Ismail adalah saudara tua dari Ishak, bapa kepada Yaakob, dan Nabi Muhammad sendiri memangnya jelas dari keturunan Bani Ismail.
Mengenai kalimat “like unto me” pula, maksudnya ialah bahawa Muhammad menyamai Musa dalam banyak hal. Antaranya:
1.                                  Muhammad dan Musa dilahirkan seperti biasa beribu-bapa, sebaliknya Isa hanya beribu sahaja bahkan diciptakan secara ajaib.
2.                                  Muhammad dan Musa sama-sama berumahtangga dan berkeluarga, sedangkan Isa tetap membujang selama hidupnya.
3.                                  Baik Musa mahupun Muhammad adalah membawa Syariat baru untuk umatnya, sedangkan Isa hanya sekadar menyambung Syariat Musa. Katanya: “Janganlah kamu sangka aku datang untuk merombak Taurat, melainkan hendak menggenapkan” (St. Mathews 5:17).
4.                                  Keturunan Musa dan Muhammad adalah jelas dan pasti; sama-sama dari keturunan Nabi Ibrahim. Sedangkan silsilah Isa pula kabur, apa lagi menurut dogma Kristian, Isa adalah anak Tuhan Bapa.
5.                                  Musa dan Muhammad wafat secara biasa, tetapi Isa menurut dogma Kristian, dibunuh di tiang salib (St. Marks 15:37).
Dengan demikian, jelaslah bahawa Nabi yang dikatakan lahir “dari kalangan saudara-saudara Musa” itu benar-benar ditujukan kepada Muhammad, bukannya Isa. Jelaslah kebenaran Muhammad sendiri sebagai utusan (Rasul) Allah S.W.T. justeru berita tentang kedatangannya telah disebut-sebut dengan jelas dalam Taurat dan Injil, meskipun umat Islam menganggap bahawa isi kandungan kitab-kitab tersebut sudah banyak berubah.
Sebab itulah ketika Muhammad dilahirkan, yang mula-mula meyakini bahawa dialah Nabi yang ditunggu-tunggu ialah kalangan pendita-pendita Nasrani dan Yahudi. Misalnya ketika Muhammad baru berusia 12 tahun, paderi Buhaira sudah pun meyakini bahawa Muhammad itulah bakal Nabi. Sebab itu dia berkata kepada Abi Talib yang datang berdagang ke Sham: “Bawalah kembali anak saudaramu ini, dan jagalah dia dari bahaya kaum Yahudi. Demi Allah, kalau mereka tahu apa yang aku tahu, nescaya mereka apa-apakannya, kerana akan terbit daripadanya urusan yang benar”. Ini menyebabkan Abi Talib bergegas pulang ke Mekah membawa Muhammad.
Dan ketika Muhammad mula-mula menerima wahyu, orang yang pertama menerimanya ialah Waraqah bin Naufal, seorang pendita Nasrani yang alim tentang kitab Injil yang pernah pula menterjemah kitab tersebut ke bahasa Arab. Dikatakan bahawa sewaktu Khadijah, menemui Waraqah, berkatalah Waraqah: “Quddus! Quddus! Demi Tuhan yang menguasai diriku, kalaulah benar katamu wahai Khadijah, maka itulah Namus al-Akbar (Jibril) yang pernah juga datang kepada Musa dulu. Nyatalah bahawa Muhammad suamimu itu adalah Nabi untuk umat ini. Katakanlah kepadanya agar ia tetap tegas”.
Demikian juga ketika Jaafar bin Abi Talib membaca surah Mariam ayat 29-33 di depan Raja Najasyi di Habshah, terkejutlah pembesar-pembesar istana sambil berkata: “Kata-kata yang keluar dari sumber yang mengeluarkan kata-kata Jesus Christ!” Bahkan Raja Najasyi sendiri turut berkata: “Kata-kata ini dan yang dibawa oleh Musa, keluar dari sumber yang sama”.
Tentang golongan Yahudi pula, merekalah yang sebenarnya sangat menanti-nantikan kelahiran seorang Nabi baru. Misalnya ketika mereka kalah dalam pertempuran melawan bangsa Arab Yathrib, selalu benar mereka melaung-laungkan: “Sudah sampai masanya seorang Nabi akan diutus. Kami akan mengikut Nabi itu, dan dengan demikian kami akan kuat dan dapat mengalahkan kamu, seperti dalam peperangan Ad dan Iram”. Malangnya sebaik sahaja orang yang dinanti-nantikan itu datang, mereka menolaknya kerana musuh-musuh mereka lebih dahulu menyahut seruan Muhammad, ditambah pula kerana Nabi tersebut bukannya dari bangsa mereka. “Di kala datangnya apa-apa yang telah mereka ketahui itu, mereka kafir dengan dia” (Al-Baqarah: 89). Bagi orang-orang Aus dan Khazraj, pengetahuan mereka tentang Muhammad adalah dari mulut golongan Yahudi juga. Sebab itu apabila mereka diseru oleh Muhammad, mereka berkata: “Sungguh inilah Nabi yang pernah dijanjikan orang-orang Yahudi kepada kita. Jangan sampai mereka mendahului kita”.
Bagaimanapun ada juga pemuka Yahudi menyambut seruan Nabi, seperti Abdullah bin Salam misalnya yang pernah berkata: “Aku dengar darihal Nabi Muhammad dan aku kenal sifatnya, dan zamannya yang kami tunggu-tunggu. Tatkala dia sampai ke Madinah, aku bertemu dengannya, lalu aku masuk Islam, dan aku khabarkan kepada bibiku Khalidah, lalu ia masuk Islam, dan sekalian ahli rumahku pun masuk Islam”. Dan terhadap kaum Yahudi, Abdullah menyeru:”Hai kaumkul Takutlah kepada Allah dan berimanlah kepada Nabi Muhammad ini. Demi Allah, kamu sudah tahu yang ia benar pesuruh Allah, sebagaimana tersebut dalam Taurat namanya dan sifatnya”.
Sebenarnya cerita tentang kedatangan Muhammad bukannya diketahui oleh Raja Salt Zu-Yasin dan Raja Najasyi, bahkan juga oleh Heraclius, raja Rom dun Mugaugis, pembesar Rom di Mesir. Tentang Mugaugis misalnya, beliau melayan dengan baik perutusan Nabi kepadanya ketikai termeterainya Perjanjian Hudaibiah pada 6 H. Dengan mengirim berbagai-bagai hadiah, beliau mengakui yang dia percaya tentang kedatangan seorang Nabi. Cumanya dia tersasul kerana disangkanya kedatangannya ialah di Syam!


0 comments:

Post a Comment